UR Klinik teraju rawatan pigmentasi, raih pengiktirafan The Asia Records
KUALA LUMPUR – UR Klinik mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan rasmi The Asia Records sebagai klinik pigmentasi kulit teraju berasaskan teknologi Goldius-Glam bagi tahun 2025.
Pengasasnya, Dr Fong Toh Jeng berkata, pengiktirafan itu menzahirkan komitmen klinik berkenaan dalam menyediakan penjagaan dermatologi berasaskan teknologi canggih.
Beliau berkata, pihaknya berbangga menerima pengiktirafan tersebut yang mencerminkan kepimpinan dalam teknologi rawatan pigmentasi kulit.
“UR Klinik pakar dalam rawatan pigmentasi kulit gred perubatan dengan memanfaatkan teknologi terkini untuk meningkatkan tona dan kesihatan kulit secara keseluruhan.
“Sebagai pakar pigmentasi kulit di Malaysia, pasukan profesional UR terdiri daripada doktor estetik, terapis dan perunding yang berpengalaman.
“UR telah membantu ramai pelanggan mencapai keputusan memuaskan dalam merawat masalah pigmentasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai rekod, UR Klinik menggunakan teknologi Goldius-Glam bagi menawarkan rawatan pigmentasi yang berkesan dan selamat, sekali gus meningkatkan kesihatan serta penampilan kulit pelanggan.
Mengulas lanjut, Dr Fong Toh Jeng berkata, pihaknya juga komited memperkasakan keyakinan diri setiap individu melalui perkhidmatan yang ditawarkan.
Sehingga tahun 2025, UR Klinik memiliki sembilan cawangan di Wilayah Utara, Tengah dan Selatan yang menyediakan rawatan pigmentasi khusus.
Setiap cawangan dilengkapi peralatan gred perubatan berteknologi tinggi serta produk berkualiti bagi menyediakan penyelesaian khusus mengikut keadaan pigmentasi pelanggan.
Pencapaian UR Klinik turut dipaparkan dalam Asia Record Book 2025/2026 yang boleh didapati di kedai buku utama serta secara dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi UR Klinik.
Sementara itu, pencalonan bagi The Asia Records kini dibuka secara rasmi dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.theasiarecords.com atau menghubungi talian 012-288 6132.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








