BISNES & EKONOMI

Evotooth diiktiraf Asia Records, perkasa inovasi pergigian tempatan

KUALA LUMPUR – Evotooth Platinum Sdn Bhd bersama pengasasnya, Dr Martin Ong menerima pengiktirafan The Asia Records selepas berjaya menghasilkan tiga inovasi penjagaan kesihatan mulut yang disifatkan sebagai pertama di dunia, sekali gus mengangkat nama Malaysia dalam bidang sains pergigian.

Pengiktirafan itu diberikan bagi tiga pencapaian utama iaitu buih memberus gigi tanpa fluorida pertama di dunia yang direka khas untuk gigi sensitif, salutan berasaskan protein pelindung enamel gigi yang dipatenkan.

Menurut Dr Martin Ong, pengiktirafan tersebut menjadi bukti komitmen syarikat dalam memacu inovasi berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan mulut di peringkat global.

“Pengiktirafan oleh The Asia Records ini menjadi bukti kepada kesungguhan Evotooth terhadap inovasi, kecemerlangan saintifik dan kemajuan teknologi penjagaan kesihatan mulut,” katanya.

evotooth
Evotooth membangunkan inovasi termasuk buih memberus gigi tanpa fluorida untuk gigi sensitif, salutan protein pelindung enamel dipatenkan serta teknologi yang meningkatkan kelicinan permukaan gigi selepas memberus.

Beliau berkata, syarikat itu telah bertahun-tahun menjalankan kajian bagi membangunkan teknologi proprietari yang memberi tumpuan kepada pengukuhan dan perlindungan enamel gigi selain meningkatkan pengalaman memberus gigi.

Antara inovasi utama yang dibangunkan termasuk buih memberus gigi tanpa fluorida untuk individu bergigi sensitif yang menawarkan alternatif penjagaan mulut lebih selamat tanpa menjejaskan keberkesanan.

Selain itu, teknologi salutan berasaskan protein pelindung yang dipatenkan turut diperkenalkan bagi membentuk lapisan perlindungan tambahan pada enamel gigi, sekali gus membantu kesihatan mulut jangka panjang.

Evotooth turut mencatat satu lagi pencapaian apabila berjaya merekodkan tahap kelicikan permukaan gigi tertinggi selepas memberus, yang menurut syarikat itu membuktikan keberkesanan inovasi berkenaan secara saintifik.

Ketua Adjudikator The Asia Records, Datuk KK Chua berkata, pengiktirafan itu diberikan atas pencapaian luar biasa Evotooth dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada industri kesihatan mulut.

“Semoga dengan penganugerahan ini, Evotooth Platinum Sdn Bhd dapat terus menyumbang kepada masa depan inovasi penjagaan kesihatan mulut,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.evotooth.com.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button