BERITA SEMASA

Teknik pembelajaran berkesan kunci kejayaan Mastan Success Tuition hasilkan pelajar cemerlang

PUTRAJAYA – Kejayaan menghasilkan kira-kira 100,000 lepasan SPM dengan keputusan yang baik merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi pusat tuisyen Mastan Success Tuition.

Menurut pengasasnya, Dr Shabana Yasmin Javahar Ali, walaupun berdepan pelbagai cabaran, kejayaan yang ditunjukkan oleh para pelajar tersebut merupakan bukti bahawa proses dan teknik pembelajaran di pusat tuisyen tersebut berjaya diterjemah kepada keputusan yang membanggakan.

Beroperasi di sebuah premis Jelutong, Pulau Pinang, Mastan Success Tuition turut mengadakan kelas tambahan bagi pelajar berumur seawal empat tahun, sekolah rendah dan menengah.

“Memang banyak cabaran yang kami hadapi terutamanya dalam memahami masalah para pelajar, dan menghasilkan teknik pembelajaran yang berkesan bagi mengatasi kelemahan tersebut,” kata Dr. Sahabana, hari ini.

Beliau seterusnya menambah, pihaknya kini sedang mencari sebuah lagi lokasi bagi mengembangkan lagi operasi pusat tuisyen tersebut.

Dr. Sahabana merupakan salah seorang daripada 123 pendidik dari seluruh negara yang dianugerahkan sebagai Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia (MIE) dalam satu majlis penuh prestij di sebuah hotel, di sini hari ini.

Dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), anugerah ini dianjurkan bagi menghargai individu cemerlang dalam bidang pendidikan yang telah mencapai pencapaian yang luar biasa, dan satu pengiktirafan terhadap curahan tenaga, masa dan ilmu mereka dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan Strategik Dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia, Heizrul Ali; dan Presiden MIE, Tiffany Tan Tian Yee.

Dalam ucapan aluannya, Tiffany berkata, penyampaian anugerah ini sekali lagi membuktikan bahawa pendidikan bukan sahaja kuat mampu mengatasi halangan budaya, geografi, dan bahasa, tetapi juga memberikan peluang kepada individu untuk mengenal pasti potensi dan meningkatkan taraf kehidupan mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button