BERITA SEMASA

Monsun Timur Laut bermula hari ini, bawa tiga hingga lima episod hujan lebat – MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Fasa Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dijangka bermula secara rasmi hari ini dan berterusan sehingga Mac 2027 dengan membawa risiko bencana banjir di beberapa kawasan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sepanjang tempoh berkenaan, negara dijangka mengalami antara tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan terutamanya dari November hingga Januari depan.

“Taburan hujan lebat dalam tempoh panjang berisiko mencetuskan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah serta penempatan berhampiran tebing sungai utama.

“Orang ramai khususnya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah dinasihatkan sentiasa berwaspada serta peka terhadap maklumat amaran cuaca yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun, peralihan tiupan angin monsun yang konsisten dari arah timur laut ini turut memberi kesan positif dalam membantu meleraikan dan memulihkan sepenuhnya situasi jerebu rentas sempadan di kebanyakan negeri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Susulan itu, MetMalaysia mengingatkan orang ramai agar membuat persediaan awal serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana sekiranya diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button