[VIDEO] Malaysia mesti kekal ditadbir kedaulatan undang-undang, bukan emosi – PM
PETALING JAYA – Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara yang ditadbir berdasarkan kedaulatan undang-undang dan bukannya berlandaskan emosi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Islam adalah agama Persekutuan dan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, namun perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk sesiapa pun menghina amalan masyarakat bukan Islam, begitu juga sebaliknya.
@malaysiatribune Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan prinsip hormat-menghormati sesama kaum yang menjadi paksi Kerajaan Madani harus ditegakkan dan semua pihak perlu menghayati persefahaman budaya berbilang kaum yang dihormati sejak beratus tahun. Tegasnya, sesebuah negara tidak boleh terus membiarkan segelintir pihak yang tidak menghormati undang-undang dan peraturan. “Kegagalan berbuat demikian akan mencetuskan kekacauan dan masalah,” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina ACCIM 2026 malam ini. malaysiatribune #beritatiktok #trendingnewsmalaysia #beritasemasa #pmx
“Mutakhir ini, seperti mana semua tahu, hangat diperkatakan mengenai soal rumah ibadat yang tidak ikut peraturan, dan juga soal ladang ternakan babi.
“Dalam masa yang sama, kita tahu peraturan apa yang boleh, apa yang tidak boleh, tetapi kita kena tangani dengan baik dan hormat serta jangan sampai menghina.
“Sebab itulah, apabila ada masalah, kita tangani dengan baik kerana ini adalah negara yang berteraskan kepada undang-undang.
“Setiap isu, kontroversi serta perbezaan pandangan perlu ditangani berdasarkan lunas perundangan demi memelihara kestabilan, kesucian agama serta perpaduan rakyat,” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), di sini malam tadi.
Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul serta para pemimpin komuniti perniagaan Cina.
Perdana Menteri kemudiannya berkata, sebarang pertikaian, termasuk isu terbaharu melibatkan kuil Hindu, mesti ditangani secara tegas melalui saluran undang-undang.
“Jika peraturan tidak dihormati, ia akan menimbulkan masalah. Negara ini mesti berasaskan undang-undang, bukan kehendak atau emosi mana-mana individu,” katanya.
“Kita tidak boleh mengambil undang-undang di tangan sendiri. Undang-undang mesti dihormati dan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.
“Malaysia mesti kekal sebagai negara aman yang mematuhi undang-undang. Sebarang tindakan penguatkuasaan perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, bukan individu,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















