
Tragedi pulang berhari raya: 3 penuntut IKBN maut kemalangan
ALOR SETAR– Tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua motosikal dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV)di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke selatan, hari ini.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian tragis yang berlaku pada pukul 2.10 petang itu dipercayai terjadi ketika kesemua mangsa yang berusia 19 tahun dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
Mangsa yang disahkan maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Muhamad Habil Mohd Sobri dari Gurun, Muhammad Fahmi Jam dari Jeniang, Sik dan Muhamad Arif Aifan Derani dari Bukit Selambau, Sungai Petani.
Jenazah ketiga-tiga penuntut terbabit telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |