
Kanak-kanak perempuan cedera ditimpa dahan pokok ketika bonceng motosikal
SEREMBAN – Sebatang dahan pokok patah dipercayai menghempap sebuah motosikal yang dinaiki empat beranak di Jalan Bukit Putus di sini, semalam.
Menerusi satu video tular berdurasi 0.59 minit, dahan pokok yang kelihatan sudah reput di tepi jalan patah secara tiba-tiba lalu menghempap kenderaan melalui kawasan berkenaan sewaktu itu.
Kejadian itu mengakibatkan pembonceng wanita dan seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dan tercampak ke tengah jalan raya.
Dalam pada itu, sebuah kereta Proton Saga yang lalu bersebelahan motosikal tersebut turut terkena serpihan dahan terbabit dan sempat memberhentikan kenderaannya selepas melihat mangsa terjatuh.
Difahamkan mangsa yang tertimpa dahan pokok tidak mengalami kecederaan yang teruk dan dibenarkan pulang.
Sementara itu menjenguk ruangan komen, motosikal itu dipercayai dinaiki sekeluarga yang dalam perjalanan membuat penghantaran makanan.
Katanya, mereka selalu berulang alik dari Kuala Pilah ke Seremban dan difahamkan motosikal itu merupakan satu-satunya kenderaan yang mereka ada.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








