AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASAINISIATIF KERAJAAN

MyDigital ID perkukuh keselamatan digital negara

PUTRAJAYA – Penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kepentingan MyDigital ID sebagai pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih, disambut baik oleh pihak MyDigital ID.

Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim berkata, fokus utama MyDigital ID adalah untuk menjadi sistem kepercayaan digital masa nyata.

“Dengan penggunaan yang semakin meluas, ia bukan sahaja memudahkan urusan rakyat, tetapi turut memperkukuh kedaulatan dan keselamatan digital negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, MyDigital ID menyifatkan saranan yang dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa agenda pendigitalan negara dan memastikan perkhidmatan dalam talian lebih mudah.

“Setakat ini, sebanyak 45 platform perkhidmatan dalam talian merangkumi sektor kerajaan dan swasta telah diintegrasikan dengan sistem MyDigital ID.

“Angka ini dijangka terus meningkat selaras dengan pelaksanaan secara berperingkat di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Baca juga : MyDigital ID hanya kunci keselamatan, tiada keupayaan jejaki pergerakan digital pengguna

Selain itu, keutamaan turut diberikan terhadap aspek keselamatan pengguna apabila sistem berkenaan dibangunkan tanpa penyimpanan data biometrik.

“Pengesahan identiti dilaksanakan secara terus dengan pangkalan data rasmi kerajaan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button