BERITA SEMASA

Dewan Negara luluskan RMK13

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini meluluskan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan sebulat suara tanpa sebarang pindaan.

Penggulungan terakhir dibuat Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi.

Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah ketika mempengerusikan mesyuarat berkata, usul RMK-13 itu diluluskan sebulat suara oleh ahli Dewan Negara, pukul 7.09 malam tadi.

Usul berkenaan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 25 Ogos lalu.

Ia disusuli sesi perbahasan disertai 43 ahli Dewan Negara yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Ogos lalu.

Sesi penggulungan RMK-13 pula bermula semalam membabitkan 13 menteri serta timbalan menteri dan disambung hari ini oleh 15 kementerian.

Terdahulu, sidang Dewan Rakyat meluluskan usul RMK13 menerusi undian suara tanpa sebarang pindaan pada 21 Ogos lalu, selepas pelan pembangunan negara itu dibentangkan Perdana Menteri 31 Julai lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button