Harimau Malaya bangkit ikat Cape Verde 1-1
KUALA LUMPUR — Skuad Harimau Malaya bangkit dari ketinggalan untuk mengikat Cape Verde 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur sebentar tadi.
Cape Verde, yang kini menghuni ranking ke-72 dunia, membuka tirai jaringan seawal minit ke-8 hasil jaringan deras Sidny Cabral, sekali gus mengejutkan barisan pertahanan Malaysia.
Memasuki babak kedua, Harimau Malaya tampil dengan corak permainan lebih kemas, yang akhirnya membuahkan hasil apabila Paulo Josue menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-79 menerusi hantaran Quentin Cheng.
Tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan sehingga tamat permainan.
Keputusan seri ini dianggap positif buat pasukan negara yang berada di ranking ke-138 dunia, terutamanya menjelang aksi penting dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Skuad bimbingan Peter Cklamovksi dijadual bertemu Vietnam pada aksi kedua Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 10 Jun ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








