Ranking FIFA: Harimau Malaya jatuh 14 anak tangga, kini ke-135 dunia
KUALA LUMPUR – Ranking Harimau Malaya mencatatkan kejatuhan ketara apabila merosot 14 anak tangga ke kedudukan ke-135 dunia dalam kemas kini terbaharu FIFA.
Tetkini Malaysia mengumpul 1,095.90 mata, susut berbanding kedudukan sebelum ini susulan pembatalan dua kemenangan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027.
Perkembangan tersebut berlaku selepas FIFA bersama AFC mengambil tindakan disiplin dengan membatalkan keputusan perlawanan membabitkan Malaysia menentang Nepal dan Vietnam.
Dua aksi tersebut sebelum itu menyaksikan skuad kebangsaan meraih kemenangan di gelanggang sendiri, namun keputusan berkenaan tidak lagi diiktiraf dalam penilaian rasmi.
Sebagai implikasi lanjut, kemenangan percuma 3-0 turut dianugerahkan kepada Nepal dan Vietnam, sekali gus memberi kesan langsung kepada jumlah kutipan mata Malaysia dalam ranking dunia.
Kejatuhan mendadak itu dilihat antara yang terbesar dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi selepas skuad negara menunjukkan peningkatan konsisten sebelum ini.
Pemerhati bola sepak tempatan berpandangan situasi berkenaan bakal memberi tekanan tambahan kepada barisan kejurulatihan negara dalam usaha memulihkan semula prestasi pasukan.
Fokus kini terarah kepada baki perlawanan kelayakan yang dilihat penting bagi memastikan Malaysia tidak terus tergelincir dalam ranking dunia serta mengembalikan keyakinan penyokong terhadap skuad kebangsaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








