BERITA SEMASASUKAN

Kelayakan Piala Asia 2027: Cklamovski panggil Matt Davies, Ryan Lambert perkuat pasukan

KUALA LUMPUR – Pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski kembali memanggil pemain pertahanan kental, Matthew Davies menyertai skuad Harimau Malaya bagi persiapan Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil, 18 November ini.

Selain Davies yang kembali dipanggil selepas pulih daripada kecederaan, Cklamovski turut membawa masuk seorang muka baharu iaitu pemain tengah, Ryan Lambert.

Bagi pertembungan menentang pasukan di ranking ke-180 dunia itu, tiada rombakan besar dilakukan Cklamovski apabila mengekalkan 24 pemain daripada skuad menentang Laos, bulan lalu.

Cklamovski turut memberi kepercayaan kepada pemain negara apabila membawa masuk seorang lagi pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Aliff Izwan Yuslan selain Muhammad Ubaidullah Shamsul.

Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pusat dari 10 sehingga 17 November ini sebelum turun berdepan Nepal.

Sebelum ini, skuad kebangsaan meraih tonik terbaik apabila sekali lagi akan beraksi di tempat sendiri bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua pertukaran venue membabitkan perlawanan itu terpaksa dilakukan susulan kegagalan Nepal menyediakan venue yang sepatutnya.

Pada aksi pertama yang berlangsung pada 25 Mac lalu, ia sepatutnya berlangsung di Nepal namun venue terpaksa diubah ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Ia susulan permohonan Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal (ANFA) untuk menukar perlawanan ke Malaysia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan yang masih berjalan di Stadium Dasharath, Kathmandu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button