
Berehatlah sahabatku – PM
PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai satu kehilangan besar buat dirinya dan keluarga.
Perdana Menteri berkata, Allahyarham teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat.
“Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini.
“Secara peribadi, ianya satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara materi.
“Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab. Berehatlah, sahabatku,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut berdoa semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluarga dan mengampunkan segala dosa Allahyarham.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








