Belanjawan 2026 tunjuk keprihatinan kerajaan terhadap rakyat luar bandar – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Belanjawan 2026 yang dibentangkan semalam sebagai bajet yang memberi tumpuan besar kepada kebajikan rakyat luar bandar.
Menurut beliau, peruntukan besar yang diumumkan untuk Sabah dan Sarawak mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur asas dan kesejahteraan masyarakat pedalaman.
“Saya nampak banyak tumpuan diberikan kepada luar bandar termasuk hospital, klinik desa dan sekolah daif.
“Peruntukan RM6.9 bilion untuk Sabah dan RM6 bilion untuk Sarawak menunjukkan fokus bajet ini benar-benar kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Ke-4 di Hotel Royale Chulan, hari ini.
Beliau turut menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan program yang membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Ini termasuklah sasaran kerajaan untuk mencatat sifar kemiskinan tegar yang kini berbaki sekitar 7,000 keluarga di seluruh negara.
“Saya yakin Perdana Menteri akan terus istiqamah memperjuangkan nasib rakyat miskin, sebagaimana yang telah beliau lakukan sejak di universiti dahulu,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








