BERITA SEMASA
Bekas penyampai Berita Dunia RTM, Zaini Yuhyi meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bekas penyampai berita RTM, Zaini Yuhyi meninggal dunia pada jam 8 malam semalam.
Berita duka itu disahkan oleh adiknya, Zuhri Yuhyi dalam laman Facebooknya.
“Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa Zaini Yuhyi (my eldest brother) yang dikasihi telah kembali ke rahmatullah malam ini pada jam 8 malam.
“Jenazah akan dibawa ke Masjid Kota Damansara sekitar jam 9.30 pagi untuk dimandi, dikafan, dan solat jenazah,” katanya hari ini.
Katanya, solat jenazah akan diadakan di Masjid Kota Damansara sejurus selepas solat zohor hari ini.
“Pengebumian akan dilaksanakan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9, sejurus selepas itu.
“Kami amat menghargai doa dan sokongan anda semua dalam saat yang sukar ini,” katanya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







