
Ketua Unit Saluran Berita RTM maut, kemalangan 3 kenderaan di Jalan Benta-Lipis
KUALA LIPIS – Dua maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Benta-Lipis, petang semalam.
Difahamkan kemalangan itu berlaku selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Kelantan menuju ke ibu negara terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dan pacuan empat roda, memetik laporan Berita RTM
Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas dihubungi orang awam.
Mangsa maut, Mohd Zubairy Abdullah, 46 tahun, adalah Ketua Unit Saluran Berita RTM yang memandu MPV dan seorang lagi yang maut, pemandu lori.
Berdasarkan maklumat awal, terdapat lima penumpang dalam MPV dan seorang daripadanya cedera parah.
Mereka semua dipercayai mempunyai pertalian persaudaraan.
Kelindan lori yang membawa muatan kelapa itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu pacuan empat roda yang turut terbabit dalam kemalangan itu juga tidak cedera.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















