BERITA SEMASA

Banjir landa Tasek Gelugor, 20 pelajar tahfiz antara dipindahkan

SEBERANG PERAI – Sebanyak 43 keluarga bersama 20 pelajar tahfiz telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Tasek Gelugor di sini susulan kejadian banjir yang melanda kawasan berkenaan sejak petang tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Yazid Taib, PPS terlibat adalah di Desa Puri dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Jaya, dekat sini, lapor KOSMO.

Menurutnya, setakat ini seramai 21 keluarga terdiri 107 orang mangsa ditempatkan di PPS Desa Puri setakat pukul 12 tengah hari tadi.

“Terkini, terdapat 15 keluarga dan 20 pelajar tahfiz dipindahkan di PPS SK Pengkalan Jaya setakat pukul 4 petang tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM negeri, John Sagun Francis memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir di Kampung Simpang Tiga, Tasek Gelugor pukul 4.59 petang tadi.

“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian, kawasan perumahan di situ telah dinaiki air dan mengakibatkan banjir.

“Anggota bertindak menyelamatkan empat mangsa melibatkan tiga warga emas terdiri seorang lelaki dan dua wanita serta seorang kanak-kanak lelaki,” katanya.

Jelasnya lagi, kesemua mangsa terbabit telahpun diserahkan kepada keluarga terdekat dalam keadaan selamat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button