Mangsa dipindahkan akibat banjir di lima negeri meningkat – NADMA
PUTRAJAYA – Jumlah mangsa banjir di lima negeri terus meningkat kepada 8,895 orang membabitkan 3,162 keluarga dengan 40 pusat pemindahan sementara (PPS) susah dibuka setakat pukul 8 malam tadi.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 7,695 orang daripada 2,810 keluarga dengan 31 PPS dibuka di empat daerah.
“Di Kedah, seramai 404 orang daripada 122 keluarga kini ditempatkan di tiga PPS.
“Terengganu pula merekodkan 361 mangsa banjir membabitkan 108 keluarga dengan dua PPS dibuka.
“Mangsa banjir di Perlis pula seramai 307 orang daripada 92 keluarga ditempatkan di dua PPS sementara di Pulau Pinang, 128 mangsa banjir membabitkan 30 keluarga ditempatkan di dua PPS,” kata NADMA dalam satu kenyataan, malam ini
Kenyataan itu turut memberitahu, daerah di Kelantan yang terjejas akibat banjir adalah Tumpat (4,221 mangsa), Kota Bharu (1,941) Bachok (1,416) dan Pasir Puteh (117).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








