BERITA SEMASADALAM NEGERI

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 5,532 orang

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Sabah meningkat kepada 5,532 orang setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 4,650 orang yang direkodkan semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, kesemua mangsa melibatkan 1,943 keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing susulan kenaikan paras air sejak pertengahan minggu lalu.

Sebanyak 27 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi menempatkan mangsa terlibat selepas dibuka secara berperingkat bermula Rabu lalu.

Daerah Tenom kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 3,149 orang daripada 1,063 keluarga, meningkat berbanding 2,406 orang daripada 795 keluarga yang direkodkan malam tadi.

Di Beaufort, jumlah mangsa turut menunjukkan pertambahan kepada 1,456 orang daripada 510 keluarga berbanding 1,432 orang sebelum ini.

Sebuah PPS baharu iaitu Dewan Kesenian dan Kebudayaan Bisaya dibuka, menjadikan keseluruhan lima PPS beroperasi di daerah berkenaan termasuk Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.

Sementara itu, jumlah mangsa di Sipitang kekal 421 orang daripada 176 keluarga, manakala di Sook seramai 79 orang daripada 25 keluarga.

Membakut pula mencatat peningkatan kepada 427 orang daripada 169 keluarga berbanding sebelumnya.

Secara keseluruhan, sebanyak 146 kampung di lima daerah terbabit dikenal pasti terjejas akibat bencana berkenaan, dengan pihak berkuasa terus memantau keadaan semasa dari semasa ke semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button