BERITA SEMASA

14 PPS masih beroperasi dengan 467 mangsa di tujuh negeri

KUALA LUMPUR – Tujuh negeri masih mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 467 mangsa banjir membabitkan 163 keluarga sehingga hari ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikemaskini pada pukul 8.35 pagi tadi, sebanyak 14 PPS masih beroperasi iaitu di Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Di Terengganu, sejumlah lima PPS dibuka termasuk empat di Hulu Terengganu dan satu di Kemaman yang menempatkan 144 mangsa daripada 42 keluarga.

Sementara di Sarawak, dua PPS dibuka iaitu di Miri yang menempatkan 140 mangsa daripada 52 keluarga.

Keadaan Kelantan, Selangor, Sabah, Pahang dan Perak bertambah baik apabila hanya satu PPS beroperasi di semua negeri itu, sehingga kini.

Di Kelantan, PPS dibuka di Gua Musang yang menempatkan 54 mangsa banjir; Selangor di Gombak (47 mangsa); Sabah di Tawau (40 mangsa); Pahang di Cameron Highlands (38) dan Perak di Hilir Perak (empat mangsa).

Semua 467 mangsa banjir membabitkan masing-masing 154 lelaki dan 151 perempuan, selain 162 kanak-kanak serta bayi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button