LUAR NEGARA

Menantu Sultan Brunei dilucutkan gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri

KUALA LUMPUR – Gelaran ‘Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri’ yang dikurniakan kepada Pengiran Raabi’atul Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman berhubung penarikan gelaran itu disiarkan menerusi siaran televisyen perdana di Brunei pada malam Jumaat.

Menurut pengumuman tersebut, keputusan itu dibuat atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pemangku Grand Chamberlain, Yang Mulia Pengiran Raffizanna Pengiran Razali, memaklumkan bahawa gelaran berkenaan ditarik balik susulan kelakuan Pengiran Raabi’atul Adawiyyah yang didakwa tidak melayakkannya untuk terus memegang gelaran sebagai pasangan Kerabat Diraja.

Pengumuman itu turut menyatakan bahawa kelakuan berkenaan didakwa mencemarkan nama baik serta tidak menghormati Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Kerabat Diraja.

Gelaran ‘Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri’ merupakan gelaran kehormatan diraja di Brunei yang diberikan kepada isteri kepada putera Sultan.

Penarikan gelaran itu berkuat kuasa serta-merta seperti yang diumumkan oleh pihak Istana Brunei.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button