BERITA SEMASADALAM NEGERI

Banjir mula reda, sebanyak 94,607 mangsa masih di PPS

KUALA LUMPUR – Sebanyak 94,607 orang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara setakat pukul 7 pagi ini selepas banjir mula surut sejak semalam.

Menurut laman web Public Info Banjir, jumlah itu melibatkan 28,381 keluarga yang kini masih berada di 406 PPS yang masih dibuka di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Johor.

Kelantan yang teruk dilanda banjir sejak beberapa hari lalu merekodkan jumlah mangsa yang masih kekal di PPS iaitu sebanyak 58,141 orang melibatkan lapan daerah.

Manakala Terengganu pula mencatatkan 25,191 mangsa di 143 PPS; Kedah sebanyak 7,501 di 40 PPS; Pahang sebanyak 1,852 di 22 PPS dan Johor sebanyak 1,052 mangsa di 20 PPS.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button