BERITA SEMASA

Banjir Kelantan : Lebih 1,000 ditempatkan di PPS

KOTA BHARU  – Seramai 1,004 penduduk terjejas banjir daripada 295 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Angka itu berkurang berbanding 1,058 penduduk terjejas daripada 310 keluarga setakat pukul 8.00 tadi.

Menurut InfoBencanaJKM, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Pasir Mas setakat ini.

“Ia membabitkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Bial yang menempatkan 108 penduduk, Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’deh (530) dan SK Gual Periok (366),” kata InfoBencanaJKM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button