Sesi persekolahan 2026: 5 sekolah di Sabah masih terjejas akibat banjir
KOTA KINABALU – Sebanyak lima buah sekolah di negeri ini tidak dapat memulakan sesi persekolahan tahun 2026 bermula esok, kerana masih terjejas akibat banjir yang melanda sejak 2 Januari lalu.
Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, kesemua sekolah yang terlibat terletak di daerah Beaufort, lapor SH Online.
“Sekolah yang masih terjejas banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkalalak, SK Garama, SK Jabang, SK Kebulu, SK Lago dan SK Suasa.
“Bagaimanapun, bagi daerah lain, sesi persekolahan berjalan seperti biasa,” katanya, ahri ini.
Mengenai sesi persekolahan bermula esok, Raisin memaklumkan, seramai 490,314 murid dan pelajar akan terlibat.
“Pecahan melibatkan seramai 276,144 murid sekolah rendah manakala 214,170 lagi pelajar sekolah menengah.
“Jumlah itu juga melibatkan seramai 43,385 murid Tahun Satu dan 44,851 pelajar Tingkatan Satu akan memulakan sesi persekolahan masing-masing esok,” jelasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








