PMX

Asia Tenggara perlu pertingkat keselamatan siber – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan cabaran keselamatan siber di rantau Asia Tenggara akan sentiasa diuji susulan pertumbuhan ekonomi digital yang semakin berkembang pesat.

“Semasa Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, saya menyentuh mengenai standard keselamatan siber di rantau Asia Tenggara yang perlu ditingkatkan menerusi perkongsian amalan terbaik,” tulis Anwar di Facebook hari ini.

Menerusi Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, Anwar berkata, perlindungan rakyat daripada eksploitasi siber berkaitan dengan keganasan, perdagangan manusia dan pelbagai jenayah siber juga perlu diberi keutamaan.

“Mengiktiraf kepakaran jepun dalam dunia siber, Malaysia mendorong kerjasama ASEAN-Jepun untuk meningkatkan keselamatan siber di rantau ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Anwar menyertai pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun yang merupakan antara acara utama pada lawatan lima hari beliau ke Jepun.

Pemimpin daripada 10 negara anggota kecuali Myanmar berada di Tokyo untuk sidang kemuncak itu yang turutt disertai Timor Leste.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button