BERITA SEMASAPMX

PM ucap takziah kepada Nancy atas pemergian suami

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri atas pemergian suaminya, Datuk Kamil Misuari semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Nancy dan seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat itu.

“Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampuni segala dosa, diterima seluruh amal kebajikan dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya,” kata beliau.

Terdahulu, Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan memaklumkan Kamil meninggal dunia di sebuah hospital, di sini petang semalam.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kuching, Sarawak hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Allahyarham yang berusia 65 tahun berkahwin dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga anak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button