AS sahkan sokongan terhadap pemusatan ASEAN
JAKARTA – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menekankan komitmennya terhadap pemusatan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), kata Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke ASEAN, Yohannes Abraham.
Memetik laporan Bernama, Abraham berkata, pemusatan ASEAN adalah teras strategi Presiden AS untuk Indo-Pasifik, kata diplomat itu dalam wawancara baru-baru ini dengan Agensi Berita Indonesia Antara, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).
Abraham membuat kenyataan itu bagi menjawab soalan mengenai ketidakhadiran Presiden AS Joe Biden pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang bermula hari ini hingga 7 September di Jakarta.
Walaupun Biden tidak hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, beliau menegaskan bahawa Kerajaan AS kekal komited untuk menyokong pemusatan ASEAN.
“Ini dibuktikan daripada sidang kemuncak khas yang diadakan oleh Presiden di Washington DC dan lawatannya ke Kemboja dan Indonesia tahun lepas,” tambahnya.
Naib Presiden Kamala Harris yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur untuk berinteraksi dengan pemimpin dari Indo-Pasifik.
Ini adalah lawatan ketiga beliau ke rantau ini dan Indonesia akan menjadi negara anggota ASEAN kelima yang beliau lawati.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








