AS kerah armada CSG sebagai tanda sokong Israel
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Ahad mengerahkan armada Kumpulan Penyerang Kapal Pengangkut (Carrier Strike Group) ke Mediterranean Timur sebagai tanda sokongan kepada Israel.
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin dalam satu kenyataan berkata, Austin dalam satu kenyataan berkata, armada diketuai kapal pengangkut USS Gerald R. Ford (CVN 78) itu turut mengandungi sebuah kruiser peluru berpandu dan empat kapal pemusnah peluru berpandu.
Beliau berkata, kerajaan AS “akan segera menyediakan Pasukan Pertahanan Israel dengan peralatan dan sumber tambahan, termasuk peluru”.
Pusingan pertama bantuan keselamatan AS kepada Israel “akan mula bergerak” pada Ahad “dan tiba dalam beberapa hari akan datang”, kata Austin.
Tambahnya, Pentagon juga “mengambil langkah untuk menambah skuadron pesawat pejuang F-35, F-15, F-16 dan A-10 Tentera Udara AS di rantau tersebut.”
Keputusan Pentagon dibuat ketika konflik antara Israel dan Palestin meningkat secara drastik pada Sabtu selepas Hamas melancarkan beribu-ribu roket ke Israel, membunuh sekurang-kurangnya 600 warga Israel setakat Ahad, menurut laporan media Israel yang memetik pegawai kerajaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








