LUAR NEGARA

Iran siap sedia serang Israel?

TEHRAN – Iran dilaporkan sedang bersiap sedia “dengan tindak balas ketenteraan” terhadap Israel kerana melanggar syarat gencatan senjata di rantau berkenaan.

Al-Jazeera yang memetik kenyataan seorang pegawai kanan Iran berkata, negara itu akan “menghukum Israel sebagai tindak balas terhadap jenayah yang dilakukannya di Lubnan serta pelanggaran syarat gencatan senjata.”

“Gencatan senjata itu merangkumi seluruh rantau, dan Israel (yang) terkenal dengan sikap memungkiri janji hanya boleh dihalang melalui kekuatan senjata,” kata pegawai tersebut.

Sementara itu, agensi berita Fars yang memetik sumber tentera yang tidak dinamakan menyatakan bahawa Iran sedang bersiap sedia untuk memberi tindak balas terhadap pelanggaran gencatan senjata oleh Israel.

Terdahulu, rejim zionis Israel dilaporkan melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Beirut, siang tadi.

Pihak rejim tidak menganggap Lubnan sebagai salah satu daripada negara yang terlibat dalam gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran dan akan meneruskan operasi ketenteraan di kawasan berkenaan.

Agensi Fars turut memaklumkan, ruang udara Iran di wilayah Fars turut dicerobohi pesawat tanpa pemandu (UAV) yang kemudiannya berjaya ditembak jatuh dan dikenal pasti sebagai UAV jenis Hermes-900 milik Israel.

Tindakan itu, menurut jurucakap tentera dianggap sebagai mencabuli perjanjian dan akan “dibalas sewajarnya”.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button