LUAR NEGARA

Konvoi UNIFIL diserang, seorang dipercayai maut

MADRID – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) terus menjadi sasaran apabila seorang lagi anggota pengaman terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah konvoi rondaan.

Menteri Pertahanan Sepanyol, Margarita Robles berkata, anggota yang terbunuh merupakan tentera pengaman dari Indonesia, lapor portal EFE.

“Selain serangan semalam yang mengorbankan seorang anggota tentera Indonesia dan mencederakan seorang lagi dengan serius, beberapa minit lalu berlaku satu lagi serangan ke atas konvoi yang mengakibatkan kematian seorang lagi anggota tentera Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika konvoi tentera pengaman dari Sepanyol dan Indonesia sedang melakukan rondaan bersama di laluan antara Bani Hayyan dan Talloussa.

Turut difahamkan, beberapa anggota tentera pengaman dari Sepanyol turut cedera dalam serangan itu.

Setakat ini belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggung jawab melakukan serangan demikian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button