BERITA SEMASA

Malaysia kecam ancaman terhadap pasukan UNIFIL di Lubnan

PUTRAJAYA – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya ancaman dan intimidasi tentera Israel terhadap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) yang berlaku semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Malaysia menegaskan keperluan semua pihak menghormati sepenuhnya keselamatan, perlindungan serta kebebasan pergerakan pasukan pengaman selaras dengan mandat antarabangsa.

“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya sebarang ancaman dan halangan terhadap keselamatan pasukan UNIFIL yang menjalankan mandat di bawah PBB,” menurut kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, Malaysia menyifatkan sebarang tindakan yang membahayakan pasukan pengaman atau mengganggu operasi mereka sebagai tidak boleh diterima dan perlu dihentikan segera.

Malaysia turut mengecam penggunaan kekerasan serta vandalisme yang merosakkan aset dan menyekat akses ke kawasan operasi, sekaligus menjejaskan keberkesanan misi UNIFIL.

Dalam pada itu, sebagai negara penyumbang anggota kepada pasukan PBB itu, Malaysia menegaskan komitmen berterusan terhadap misi tersebut, dengan keselamatan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) kekal menjadi keutamaan.

Selain itu, semua pihak diseru memberikan kerjasama penuh bagi memastikan UNIFIL dapat melaksanakan mandatnya tanpa gangguan.

Malaysia juga menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan tegas bagi memastikan perlindungan segera terhadap pasukan pengaman di selatan Lubnan.

Dalam kejadian semalam, sebuah kereta kebal Israel melanggar kenderaan pasukan UNIFIL di selatan Lubnan, menyebabkan kerosakan besar dan menjejaskan pergerakan pasukan pengaman.

Menurut UNIFIL, serangan menggunakan kereta kebal Merkava itu berlaku dalam dua kejadian berasingan, selain tentera Israel turut menyekat laluan ke posisi mereka di Bayada.Malaysia kecam ancaman terhadap pasukan UNIFIL di Lubnan

PUTRAJAYA – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya ancaman dan intimidasi tentera Israel terhadap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) yang berlaku semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Malaysia menegaskan keperluan semua pihak menghormati sepenuhnya keselamatan, perlindungan serta kebebasan pergerakan pasukan pengaman selaras dengan mandat antarabangsa.

“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya sebarang ancaman dan halangan terhadap keselamatan pasukan UNIFIL yang menjalankan mandat di bawah PBB,” menurut kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, Malaysia menyifatkan sebarang tindakan yang membahayakan pasukan pengaman atau mengganggu operasi mereka sebagai tidak boleh diterima dan perlu dihentikan segera.

Malaysia turut mengecam penggunaan kekerasan serta vandalisme yang merosakkan aset dan menyekat akses ke kawasan operasi, sekaligus menjejaskan keberkesanan misi UNIFIL.

Dalam pada itu, sebagai negara penyumbang anggota kepada pasukan PBB itu, Malaysia menegaskan komitmen berterusan terhadap misi tersebut, dengan keselamatan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) kekal menjadi keutamaan.

Selain itu, semua pihak diseru memberikan kerjasama penuh bagi memastikan UNIFIL dapat melaksanakan mandatnya tanpa gangguan.

Malaysia juga menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan tegas bagi memastikan perlindungan segera terhadap pasukan pengaman di selatan Lubnan.

Dalam kejadian semalam, sebuah kereta kebal Israel melanggar kenderaan pasukan UNIFIL di selatan Lubnan, menyebabkan kerosakan besar dan menjejaskan pergerakan pasukan pengaman.

Menurut UNIFIL, serangan menggunakan kereta kebal Merkava itu berlaku dalam dua kejadian berasingan, selain tentera Israel turut menyekat laluan ke posisi mereka di Bayada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button