Araghchi hargai solidariti Asia Tenggara, zahir ucapan Aidilfitri
KUALA LUMPUR – Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi menzahirkan penghargaan terhadap sokongan negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei sambil menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam di rantau ini.
Ucapan tersebut dikongsikan menerusi hantaran di platform X miliknya hari ini, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan serta masyarakat yang menunjukkan solidariti terhadap Iran.
Menurut beliau, sokongan itu dizahirkan susulan kecaman terhadap tindakan pencerobohan yang didakwa dilakukan oleh Amerika Syarikat dan rejim Zionis terhadap Iran sepanjang bulan Ramadan.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih kepada pemerintah dan masyarakat Muslim serta pencinta keadilan di Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia dan Brunei) atas solidariti yang ditunjukkan,” katanya.
Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial di ketiga-tiga negara yang turut menitipkan doa serta kata-kata sokongan kepada Iran.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk ucapan agar negara itu terus kuat menghadapi cabaran serta harapan agar kesejahteraan dan perlindungan sentiasa mengiringi rakyatnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








