Tarikh Aidilfitri diumum malam ini, tertakluk cerapan di 29 lokasi
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan pengisytiharan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.
Menurut kenyataan di media sosial, pengumuman berkenaan akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diberi amanah oleh Majlis Raja-Raja.
Penetapan tarikh 1 Syawal bagaimanapun tertakluk kepada hasil cerapan anak bulan yang dijalankan di 29 lokasi rasmi di seluruh negara.
JAKIM dalam pada itu mengajak umat Islam untuk bersama-sama menantikan pengumuman tersebut dengan penuh kesyukuran.
Pengumuman rasmi tarikh Aidilfitri saban tahun menjadi detik penting bagi umat Islam di Malaysia dalam menentukan permulaan sambutan Hari Raya selepas sebulan menunaikan ibadah puasa Ramadan.
Sementara itu, Arab Saudi yang mempunyai perbezaan masa lima jam lebih lewat berbanding Malaysia telah mengumumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac 2026 selepas hilal Syawal tidak kelihatan, sekali gus melengkapkan Ramadan selama 30 hari.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








