BISNES & EKONOMI

Bantu tingkat jualan, INSKEN galak pengusaha restoran sertai program bimbingan

CYBERJAYA – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) menggalakkan lebih banyak pengusaha restoran dan kedai makan menyertai Program Bimbingan Keuntungan Menu bagi membantu meningkatkan hasil jualan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, ini penting kerana pihaknya mendapati masih ramai usahawan makanan masih tidak dapat mengira kos barangan dengan betul.

“Kita galakkan lebih ramai usahawan restoran menyertai program ini kerana kami dapati masih ramai yang tidak dapat kira kos mereka dengan betul.

“Dalam kelas ini kita akan ajar kira macam mana kos barangan supaya mereka boleh tentukan harga dengan betul dan mendapat untung setimpal,” katanya kepada media dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri INSKEN di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin

Yang hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Ketua Setiausahanya, Datuk Suriani Ahmad.

Related Articles

Dalam pada itu, Muhd Firdaus juga menggalakkan usahawan untuk menyertai Program Bimbingan Pembangunan Produk bagi membantu meningkatkan kualiti produk dan melariskan jualan.

Beliau berkata, ini kerana terdapat banyak produk yang hampir sama dan sukar dibezakan oleh pengguna sehingga menjejaskan jualan mereka.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mendapat peruntukan sebanyak RM10 juta daripada kerajaan pada tahun ini dan menyasarkan untuk membimbing dan melatih seramai 20,000 usahawan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button