BERITA SEMASA

Aplikasi SELangkah dijangka berfungsi sepenuhnya 10 Jun

SHAH ALAM – Aplikasi SELangkah yang digunakan penerima manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dijangka kembali beroperasi sepenuhnya pada 10 Jun ini, susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata, penyelenggaraan sistem oleh Selcare Management Sdn. Bhd. itu dilaksanakan bagi memastikan aplikasi sentiasa berfungsi dengan cekap, stabil serta selamat untuk kegunaan orang ramai.

“Kerja-kerja ini penting bagi menjamin kelangsungan sistem SELangkah dalam jangka masa panjang selain memastikan kebolehgunaan aplikasi secara berterusan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, bagi mengelakkan sebarang kesulitan kepada penerima manfaat, Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor bersetuju untuk membenarkan baki manfaat bulan Mei dibawa ke bulan Jun.

“Langkah ini membolehkan penerima BINGKAS menggunakan keseluruhan manfaat bagi bulan Mei dan Jun sehingga 30 Jun 2025,” katanya.

Orang ramai yang menghadapi sebarang isu berkaitan aplikasi SELangkah atau program BINGKAS boleh menghubungi talian hotline Selcare di 1-800-22-6600.

Tambah Anfaal, pihak kerajaan negeri kesal dengan kesulitan yang berlaku dan komited memastikan perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button