Anwar pengerusikan mesyuarat pemimpin Kerajaan Perpaduan
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Bilangan 2 di Seri Perdana, di sini hari ini.
Mesyuarat yang bermula pukul 5 petang itu turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iauitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.
Antara kenderaan yang dilihat memasuki perkarangan berkenaan sejak pukul 4.30 petang tadi ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Turut kelihata hadir, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, turut serta.
Terdahulu, kenderaan yang membawa masuk Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan Seri Perdana oukul 4.50 petang tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








