BERITA SEMASA

Anak atlet negara, Mat Redho hilang di TTDI

KUALA LUMPUR – Anak kepada atlet negara, Mohd Redha Rozlan dilaporkan hilang ketika berada sebuah hentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 (SKTTDI 2) di sini hari ini.

Berita itu disahkan sendiri oleh Mohd Redha atau lebih dikenali sebagai Mat Redho dalam laman Facebooknya hari ini.

“Please anyone, bantu kalau jumpa anak aku Haq Medin berusia tujuh tahun. Kali terakhir dilihat di perhentian bas SKTTDI 2 dengan memakai baju kuning, berseluar biru, berkasut hitam dan membawa beg berwarna hijau.

“Lokasi di Taman Tun Dr Ismail. Bantu share. Semoga dipermudahkan Allah,” tulisnya dalam hantaran itu.

Mat Redho bersama anaknya Haq Medin

Mat Redho, 35, pernah menyertai Sukan SEA edisi 2019 di Filipina dan 2023 di Kemboja.

Dia juga pernah muncul juara Ninja League Challenge (NCL) 2018 dengan menewaskan juara American Ninja Warrior, Jake Murray.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button