BERITA SEMASA

Anak Mat Redho selamat ditemui

KUALA LUMPUR – Anak kepada atlet negara Mohd Redha Rozlan yang dilaporkan hilang ketika berhampiran Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 (SKTTDI 2) di sini berjaya ditemui dengan selamat sebentar tadi.

Berita itu disahkan sendiri oleh Mohd Redha atau lebih dikenali sebagai Mat Redho dalam laman Facebooknya hari ini.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam urusan mencari anak lelaki kami.

“Semoga kerjasama yang tuan dan puan laksanakan berbalas dengan kebaikan,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pihak sekolah dan pihak transit dan pengurusan.

Terdahulu Mat Redho meminta bantuan mengesan anak lelakinya, Haq Medin, 7, yang dilaporkan hilang di perhentian bas SKTTDI 2.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button