BERITA SEMASA

4 pelajar tahfiz hilang ditemui – Darul Quran Ittifaqiyah

KUALA LUMPUR – Empat pelajar tahfiz dari Darul Quran Ittifaqiyah yang hilang sejak Selasa lalu dilaporkan telah ditemui dengan selamat.

Perkara itu disahkan menerusi satu hantaran dalam laman Facebook pusat tahfiz itu hari ini.

“Alhamdulillah, pelajar yang lari sudah di jumpai. Terima kasih atas doa semua yang membantu mencari pelajar-pelajar sehingga ditemui,” katanya.

Semalam polis mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kehilangan empat pelajar tahfiz tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pelajar tersebut dipercayai keluar daripada pusat tahfiz berkenaan dan tidak pulang.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai kehilangan empat kanak-kanak lelaki yang juga penghuni pusat tahfiz terbabit sejak semalam.

Dalam hantaran tular itu, keluarga meminta bantuan orang ramai bagi mengesan mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button