
AMK Perak buat laporan polis terhadap Takiyuddin
IPOH – Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak (AMK Perak) hari ini membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan AMK Perak, Muhammad Izzuddin Hariz Bohari berkata, laporan polis itu dibuat kerana kenyataan yang diucapkan oleh Takiyuddin semasa kempen PRK Kuala Kubu Bharu yang bertujuan menghasut dan memupuk kebencian kepada kepimpinan kerajaan.
“Dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji, menuduh seseorang muslim dengan tuduhan melakukan perbuatan keji tanpa bukti yang jelas adalah haram.
“Hukuman had dikenakan terhadap perbuatan qazaf dalam syariat untuk menjaga maruah individu dan masyarakat.
“Bahkan mengikut Imam An-Nawawi, ia bagi memelihara masyarakat dari terjebak ke lembah kehinaan akibat tuduh-menuduh dalam soal lucah dan bermudah-mudah mengungkapkannya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, beliau menggesa agar tindakan undang-undang diambil terhadap Datuk Seri Takiyuddin Hassan di bawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1992.
Katanya jika terbukti bersalah dalam melakukan fitnah dan menyebarkan kenyataan yang berniat jahat maka hukuman yang keras menanti beliau.
Beliau juga menegaskan agar seluruh masyarakat untuk tidak terlibat dalam menyebarkan fitnah yang akan membawa imej buruk serta menjatuhkan martabat dan reputasi seseorang.
Tambahnya lagi, semua pihak boleh berbeza fahaman politik atau ideologi, tetapi hindarkan amalan menghina dan memfitnah tanpa sebarang bukti.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





