Pemilihan Pas: Takiyuddin sahkan tidak akan bertanding
KOTA BHARU – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan tidak akan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini.
Beliau yang sudah memegang jawatan tersebut selama 10 tahun berkata, sudah sampai masanya beliau tidak bertanding walaupun ada menerima pencalonan.
“Kalau ada pencalonan daripada akar umbi, saya ucap terima kasih atas kepercayaan itu, tetapi besar kemungkinan 99.9 peratus saya tidak akan bertanding.
“Tambahan pula, tahun ini sudah masuk tahun ke-10 saya memegang jawatan Setiausaha Agung, jadi saya fikir tidak perlulah lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Larian Batik Kota Bharu Bandar Selamat 2025 yang diadakan di Dataran Muhammadi, di sini semalam.
Media sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat telah mengumumkan senarai calon yang layak bertanding bagi pemilihan jawatan parti untuk sesi 2025/2027 dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kekal tanpa pertandingan.
Tan Sri Abdul Hadi Awang diumumkan sebagai calon tunggal jawatan Presiden, manakala Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kekal sebagai calon tunggal jawatan Timbalan Presiden.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud dalam kenyataan berkata, senarai berkenaan melibatkan jawatan di peringkat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda serta Dewan Muslimat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








