BERITA SEMASA

Hamzah Zainudin masih kekal sebagai Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hamzah Zainudin masih kekal sebagai Ketua Pembangkang setakat ini.

Perkara itu disahkan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, selepas mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, pagi tadi.

Beliau juga mengesahkan tempat duduk Ahli Parlimen BERSATU yang dipecat parti itu juga tidak berubah.

“Saya jumpa dengan Speaker jam 11 pagi tadi. Bila bincang saya rujuk kenyataan dia. Setakat ini, Hamzah masih Ketua Pembangkang. Jadi dia pun setuju dan setakat ini kedudukannya begitulah.

“Tak ada apa-apa notifikasi daripada kumpulan mengenai kedudukan Ketua Pembangkang. Jadi tidak ada apa. Perubahan kerusi pun tidak ada.

“Kita pun ada dua hari lagi sidang (Dewan Rakyat). Jadi kita tak fikir nak buat apa-apa perubahanlah setakat ini. Masanya begitu singkat.

“Jadi kita bincang (untuk apa-apa perubahan) pada masa (lebih) panjang nanti. Tidak apa keputusan (mengenai perubahan) setakat ini,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

hamzah
HAMZAH ZAINUDDIN

PAS sebelum ini memaklumkan calon daripada partinya akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu bagi menggantikan Hamzah yang dipecat keahliannya daripada BERSATU baru-baru ini.

Menurut notis dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan, pemecatan Hamzah dibuat kerana tindakannya yang melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button