KPT sentiasa beri perhatian kepada kesejahteraan golongan OKU di IPT
KUALA LUMPUR – Kesejahteraan golongan pelajar orang kurang upaya (OKU) di institusi pendidikan tinggi (IPT) sentiasa dalam perhatian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pelbagai langkah dan usaha giat dilaksanakan di peringkat kementerian dan institusi pendidikan tinggi sendiri.
“(Ini) termasuk pemberian pengecualian yuran pengajian di IPTA kepada pelajar OKU susulan pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika meluncurkan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 baru-baru ini.
“(Pemberian ini) termasuk juga bagi mereka yang mengikuti kursus di politeknik dan kolej komuniti,” katanya hari ini.
Zambry berkata demikian ketika sesi Penggulungan Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau memberitahu, golongan OKU yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT turut dipermudahkan dengan penyediaan laluan khas bagi permohonan mereka.
“Selain itu, turut diwujudkan, garis panduan pelaksanaan dasar inklusif Orang Kurang Upaya di institusi pendidikan tinggi, penubuhan Task Force OKU dan juga termasuk pembangunan dasar inklusif OKU di peringkat pendidikan tinggi.
“Kita turut menyediakan kemudahan dan infrastruktur mesra OKU, penyediaan bantuan kebajikan dan psikososial untuk pelajar OKU dan lain-lain lagi,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















