BERITA SEMASAPOLITIK

Ahmad Zahid umum calon Perwakilan Cabang Taiping ke Pemilihan Pusat

TAIPING – Ketua Cabang Taiping (interim), Ahmad Zahid Khalid, mengumumkan senarai individu yang akan dibawa sebagai perwakilan ke pemilihan pusat sekiranya beliau memenangi jawatan Ketua Cabang Taiping dalam pemilihan akan datang.

Dalam kenyataan bertarikh 15 Mac, Ahmad Zahid menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pencalonan serta usaha menambah keanggotaan cabang, yang meningkat daripada sekitar 2,600 ahli kepada lebih 4,000 ahli.

Beliau turut menyambut baik format baharu pemilihan di peringkat pusat yang menggunakan sistem perwakilan kerana ia memberi ruang kepada lebih ramai individu untuk terlibat secara langsung dalam kongres parti.

“Jika ditakdirkan saya sebagai pemenangnya, saya ingin membawa beberapa nama, atas dasar merai dan menghargai figura-figura hebat ini,” katanya lagi.

Antara yang disebut dalam senarai itu ialah Azhab, bekas ketua cabang beberapa penggal sebelum ini, yang dicadangkan supaya hadir sebagai perwakilan tidak kira siapa yang memenangi pemilihan.

Turut tersenarai ialah Datuk Zainal Azman, bekas calon PKR di DUN Kuala Sepetang, yang disifatkan sebagai tokoh berpengalaman yang mampu memberi nilai tambah kepada cabang.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada Ritchie @ Koay Seng Siah atas kesungguhan menyantuni anggota cabang sepanjang kempen serta pengorbanannya berpindah ke Cabang Taiping.

Beliau juga menyatakan hasrat untuk membawa Addy Sham, Mejar Yazid dan Norizam @ Atan ke Johor Bahru sebagai perwakilan, bukan sekadar pemerhati.

Beberapa individu lain yang turut dihargai atas kepakaran masing-masing dalam memperkaya kepelbagaian dalam parti ialah Shirazi, Khairul Hizam dan Shamsul. Ahmad Zahid turut menyebut Izmer dan Muzamir sebagai rakan seperjuangan sejati yang telah lama berjuang bersamanya dalam parti.

Mengakhiri kenyataannya, beliau menyerahkan segala perancangan kepada ketentuan Allah SWT serta menyeru semua pihak untuk terus berjuang demi reformasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button