BERITA SEMASA

Agong titah tutup sekolah jika IPU tidak sihat berpanjangan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah keadaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berpanjangan dengan bacaan antara 150 hingga 180 memerlukan tindakan sewajarnya, termasuk penutupan sekolah di kawasan terjejas.

Menurut Seri Paduka Baginda, aspek kesihatan dan keselamatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan, selain meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memberi perhatian serius terhadap perkara berkenaan.

“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.

“Senantiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu,” titah Seri Paduka Baginda.

Semalam, Johor mengumumkan penutupan sekolah selama dua hari bermula hari ini susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri.

Penutupan itu dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai langkah melindungi keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button