LUAR NEGARA

Bekas ketua risikan luar negara Jerman ditahan, disyaki bocor rahsia negara

BERLIN – Pihak berkuasa Jerman menahan bekas ketua perkhidmatan risikan luar negara berkenaan, kelmarin kerana disyaki membocorkan rahsia negara kepada perkhidmatan risikan asing.

Laporan AP yang mmetik kenyataan pejabat pendakwa raya persekutuan sebagai berkata, August Hanning, yang memimpin Perkhidmatan Risikan Persekutuan (BND) dari 1998 hingga 2005, “disyaki melakukan pengintipan khianat, mengintip rahsia negara, percubaan khianat serta pengintipan”.

Hanning, 80, ditahan di Bad Toelz-Wolfratshausen di selatan Jerman.

Bekas pembantunya, yang dikenal pasti sebagai Manfred D., turut ditahan pada hari yang sama di Steinfurt, di barat Jerman dan dituduh bersubahat dalam percubaan khianat serta pengintipan.

Kenyataan berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan pihak atau negara mana kedua-dua lelaki itu disyaki mengintip.

Kediaman dan premis kedua-dua lelaki berkenaan turut digeledah pada Selasa.

Pejabat pendakwa raya dalam kenyataan tersebut memberitahu, berkata Manfred D. pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai maklumat Hanning dan kemudiannya memegang jawatan yang sama bagi beberapa presiden BND seterusnya dari 2012 hingga 2026.

“Atas peranan berkenaan, beliau mempunyai akses kepada maklumat sulit,” kata kenyataan itu.

Kedua-dua suspek dipercayai telah bersetuju pada tahun 2010 untuk membolehkan Manfred D. menyalurkan maklumat risikan bernilai tinggi daripada BND kepada Hanning secara berterusan dengan imbalan bayaran, menurut kenyataan itu.

“Dapatan semasa menunjukkan bahawa sepanjang tempoh berkenaan, Manfred D. telah membekalkan kira-kira 2,000 dokumen kepada Hanning, yang mana kebanyakannya mengandungi maklumat terkelas untuk kegunaan dalaman eksklusif perkhidmatan risikan persekutuan, terutamanya bagi taklimat risikan eksekutif,” kata kenyataan itu lagi.

Hanning dilaporkan menggunakan maklumat berkenaan dalam perkhidmatan perundingan peribadi beliau, dan dalam satu kejadian, “menggunakan maklumat risikan terkelas yang dibekalkan oleh Manfred D. untuk merangka analisis bagi seorang pegawai perkhidmatan risikan asing.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button