BERITA SEMASA
Agong terima mengadap MB Johor
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan negeri berkenaan.
“Baginda dipersembahkan perkara-perkara berkaitan pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat serta isu-isu semasa,” menurut hantaran tersebut.
Tambahnya, sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








