Apartment dipercayai stor simpanan mercun terbakar cetus panik
KAJANG – Sebuah unit apartmen di tingkat lapan di Persiaran Bangi Avenue, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi selepas didapati menyimpan sejumlah besar mercun.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.42 malam sebelum jentera pertama tiba di lokasi pada pukul 10.55 malam.
Menurutnya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dengan bantuan BBP Semenyih digerakkan bagi menjalankan operasi pemadaman.
“Kebakaran membabitkan sebuah unit apartmen di tingkat lapan dengan kira-kira 80 peratus kemusnahan tertumpu di bahagian bilik yang menempatkan mercun.
“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11.19 malam dan kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, mercun berkenaan didapati berada di hampir keseluruhan kawasan rumah terbabit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








