BERITA SEMASA

Polis sahkan Zamri Vinoth ditahan bersama beberapa individu lain

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penahanan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth, bersama beberapa individu lain pada Sabtu, dipercayai berkait dengan penganjuran satu perhimpunan di Kompleks Beli-Belah Sogo di sini.

Zamri Vinoth
PENDAKWAH bebas merangkap Penganjur Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan itu dilakukan sebelum himpunan berkenaan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, pihak polis tidak mengadakan sidang akhbar pada malam kejadian berikutan masih terdapat beberapa tindakan lanjut yang perlu dilaksanakan.

“Saya hanya ingin mengesahkan penahanan Zamri Vinoth bersama beberapa individu lain.

“Makluman penuh berkaitan perkara ini akan dirangkumkan dalam satu sidang akhbar pada esok (Ahad),” memetik Sinar Harian online.

Media sebelum itu melaporkan Zamri ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo, beberapa jam sebelum perhimpunan berkenaan dijadualkan berlangsung.

Terdahulu, polis berkata, pihaknya tidak membenarkan penganjuran himpunan GARAH atas faktor keselamatan awam serta bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Penahanan tersebut kini masih dalam siasatan dan polis dijangka memberikan penjelasan lanjut dalam sidang akhbar yang akan diadakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button