BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Nigeria gigit putus telinga polis ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Nigeria yang menggigit sebahagian telinga kiri seorang anggota polis hingga putus direman empat hari bermula Sabtu untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, suspek berusia 38 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah itu akan direman sehingga Selasa depan.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

“Anggota polis terbabit kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya memetik Sinar Harian hari ini.

Dalam kejadian pada jam 10.03 pagi Jumaat lalu, anggota polis berpangkat koperal itu sedang membantu membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas lelaki terbabit ditahan kerana membuat kekecohan di sebuah klinik di Jalan Kepong, Metro Prima, Sentul.

Namun, ketika cuba dimasukkan ke dalam kenderaan peronda polis (MPV) dalam keadaan bergari, suspek tiba-tiba bertindak agresif dan menggigit telinga kiri anggota berkenaan hingga terputus sebahagian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button